Hiburan By: Nurul Hana June 7, 2023 @ 6:10pm

[VIDEO] Dapat Jelingan Maut Anak, Adira Suhaimi Menari Dekat Dapur Buat Netizen Terhibur!

Penyayi Adira Suhaimi sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas memuat naik videonya sedang menari di dapur.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Adira pada awalnya hanya menari mengikut ‘trend’ di TikTok dengan alasan untuk mengambil ‘mood’ sebelum melakukan kerja rumah.

Apa yang lebih menarik, semasa sedang khusyuk menari, reaksi pelik atau jelingan maut anak perempuannya, Anggerik yang masuk ke dapur untuk mengambil air selepas ternampak ibunya sedang sakan menari.

“Terkejut member nampak mak dia ambil mood nak buat kerja dapur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@adira.suhaimi #fyp ♬ original sound – 𝖙 – 𝓉 𝓎 𝒸 𝒶 🇸🇦

Terkejut dengan kedatangan dan reaksi ‘side eye’ anaknya, Adira terus membatalkan hasrat untuk terus menari mengikut ‘trend’ tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan reaksi ‘side eye’ anak perempuan kepada penyanyi tersebut.

“Anak pun cakap kenapa mak aku ni okay ke tak ni. Mak baru nak warming up, dah kena side eye. Dua beranak ni tak pernah tak lawak,” ujar netizen.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan lebih 77,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Events Thu, 7 Jun 2018

Jom Ke Anggun Life Festival Untuk Dapatkan Baju Raya Pelbagai Jenama Pada 8 & 9 Jun Ini!

Terdapat lebih 100 vendor yang  akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

” Duit Aku Bila Nak Bayar?”, Fathia ‘Sound’ Aiman Hakim Di Instagram

Di bawah foto berkenaan, Fathia turut meletakkan tanda pagar rempitModeOn dan menggelar Aiman sebagai lelaki dayus.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Fab Foodies! Wed, 31 Oct 2018

Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan, Bukan Untuk Masakan Sahaja

Anda tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan kunyit ini kerana senang diperolehi

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Acara Fri, 19 Aug 2022

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022

LIFESTYLE Mon, 3 Dec 2018

DaunPaling Mujarab Merawat 4 Jenis Penyakit Paling Bahaya Di Dunia

Pokok sukun tidak hanya dimanfaatkan bahagian buahnya saja, sebab sudah terbukti lama daun sukun berkhasiat sebagai tanaman ubat.

error: Content is protected !!