[VIDEO] Elly Mazlein Belanja Menyanyi Live Dengan Aina Abdul Buat Netizen Terpukau- “Duduk Sambil Tarik….

Sedutan video selebriti serba boleh, Elly Mazlein menyanyikan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul secara langsung di sebuah program nyanyian menarik perhatian peminat.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok di platform terbabit.

@m_ya21d Standing Ovation dari Aina Abdul 👏🏻 #bigstage #bigstage2023 #kaklinapompom #kaklina #ellymazlein #rina #rinanose #terushidupainaabdul #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #trendtiktok2023 #justforfun ♬ original sound – its.yaz💥

Menerusi video tersebut, Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina menyanyikan lagu di hadapan penyanyi asal iaitu Aina Abdul yang juga merupakan juri tetap program itu.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen melihat persembahan itu adalah aksi spontan Kak Lina yang menyuruh Aina untuk menyambung nyanyian lagu tersebut.

Namun hasil aksi spontan itu tetap mendapat hasil nyanyian yang baik dari kedua-dua pihak sehingga membuatkan penonton terpukau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Kak Lina dalam membuat persembahan nyanyian dan kehebatan vokal Aina menyanyikan lagu tersebut sambil duduk.

“Kak Lina Pom Pom artis serba boleh.

“Duduk sambil tarik tinggi itulah Aina.

“Melody of music part Kak Lina cakap masuk tu peh memang rare betul,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Kak Lina digandingan bersama pengacara popular dari negara seberang iaitu, Rina Nose untuk menjadi hos program nyanyian tersebut serta menampilkan Aina dan juga Ajai sebagai juri tetap.Sedutan video selebriti serba boleh, Elly Mazlein menyanyikan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul secara langsung di sebuah program nyanyian menarik perhatian peminat.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok di platform terbabit.

Menerusi video tersebut, Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina menyanyikan lagu di hadapan penyanyi asal iaitu Aina Abdul yang juga merupakan juri tetap program itu.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen melihat persembahan itu adalah aksi spontan Kak Lina yang menyuruh Aina untuk menyambung nyanyian lagu tersebut.

Namun hasil aksi spontan itu tetap mendapat hasil nyanyian yang baik dari kedua-dua pihak sehingga membuatkan penonton terpukau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Kak Lina dalam membuat persembahan nyanyian dan kehebatan vokal Aina menyanyikan lagu tersebut sambil duduk.

“Kak Lina Pom Pom artis serba boleh.

“Duduk sambil tarik tinggi itulah Aina.

“Melody of music part Kak Lina cakap masuk tu peh memang rare betul,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Kak Lina digandingan bersama pengacara popular dari negara seberang iaitu, Rina Nose untuk menjadi hos program nyanyian tersebut serta menampilkan Aina dan juga Ajai sebagai juri tetap.

Izzi Farhana