Masih Hangat Dengan Isu Tayang Dada, Kini Tayang Ketiak Pula! Naufal Azrin Hanya Ikut Kreativiti Persembahan

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Naufal Azrin terpalit kontroversi gara-gara mengenakan pakaian yang menayangkan separuh dada dan juga memakai rantai, baru-baru ini.

Terbaharu, Naufal muncul pula dengan penampilan yang sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila pakaiannya mendedahkan bahagian ketiak ketika membuat persembahan dalam sebuah program nyanyian hujung minggu lalu.

Memetik laporan Gempak, gaya yang dibawakan oleh penyanyi lagu Casablanca itu hanyalah sebahagian konsep persembahan.

“Saya di luar tak ada pun begitu (tayang badan). Hanya untuk memenuhi konsep dan aktiviti pertandingan.

“Had saya (tunjuk anggota badan) adalah selagi saya menutup aurat, saya tahu batas aurat di mana. Saya masih tak buka (aurat) dan tak rasa nak buka aurat. Saya masih lagi diri saya.

“Tentang isu buka dada minggu lepas saya tak baca komen sangat, saya terima saja. Tak ada apa-apa perlu diulas, saya hanya buat persembahan sahaja,” kata Naufal.

Tambahnya lagi, dia hanya sekadar ingin menyampaikan konsep pakaian generasi masa kini bersesuaian dengan lagu yang dibawakan iaitu Generasiku nyanyian asal kumpulan OAG.

Untuk info, Naufal hampir tersingkir pada minggu kedua dalam program terbabit tetapi telah diselamatkan kerana mendapat imuniti pihak juri.

Izzi Farhana