Hiburan By: Izzi Farhana May 19, 2023 @ 7:43pm

[VIDEO] Fara Fauzana Dedah Anak Anak Saudara Tak Tahu Siapa Dirinya – “Cikgu Sekolah Tegur, Muka Awak Macam Fara Fauzana…”

Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mendedahkan anak sudaranya tidak mengetahui bahawa dia merupakan seorang selebriti.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi video yang dikongsi oleh akaun Instagram Hot FM.

“Anak saudara saya panggil Angah. Kalau sebut Fara Fauzana memang dorang tak kenal. Nak dijadikan cerita cikgu sekolah dia cakap muka awak macam Fara Fauzana.

“Bila balik rumah dia tanya mak dia kenal tak Fara Fauzana? Mak dia cakap mestilah I kenal, you pun mestilah kenal. Rupanya dia baru tahu Fara Fauzana tu ialah Angah,” jelas Fara.

Pendedahan tersebut dibuat di segmen Bekpes Hot yang membincangkan mengenai topik ‘apa yang korang baru tahu?’

Dalam perkembangan lain, Fara dan dua lagi pengendali segmen Bekpes Hot, AG dan Johan serta penyampai segmen Hot Squad, Fizi Ali tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35.

Jangan lupa undi mereka di laman web www.abpbh.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra