[VIDEO ] Halang Wanita Mahu Keluar Tempat Letak Kereta, Aksi Lelaki Lontar Kata-Kata Berbaur Lucah Viral Di Twitter

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter aksi seorang lelaki menghalang sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita yang mahu keluar dari tempat letak kereta.

Menerusi video terbabit, lelaki itu mengeluarkan kata-kata berbaur lucah dan kesat kepada pemilik kereta berkenaan.

Pada awalnya, wanita terbabit meminta secara sopan untuk lelaki itu mengalihkan keretanya supaya dia dapat keluar.

“You memang tak nak gerak eh? I minta tanya elok-elok tadi.

“Kita tengah parking dekat sini, kita cakap elok-elok tadi tak nak gerak. Semua orang tengah pandang,” katanya.

Malah, lelaki berkenaan tidak mendengar kata-kata wanita itu dan terus berpura-pura menghubungi rakannya sambil melontarkan kata-kata lucah dan kesat kepada wanita itu.

“She’s taking photo lah, she’s a b*tch lah, motherf*cker lah. She’s taking my photo lah. She wants me to ** her tonight lah bro,” kata lelaki tersebut.

Rata-rata warganet memberi kecaman kepada lelaki terbabit sehingga menyentuh isu perkauman, namun ramai tidak setuju ia dibangkitkan.

“Ramai je lelaki kaum India yang baik berbudi bahasa dan ringan tangan untuk menolong dalam apa-apa hal pun cuma ada segelintir yang bersikap macam ni, mungkin dia sedang dipengaruhi alkohol ke kita pun tidak past so kepada sahabat-sahabat Twitter boleh je nak komen apa-apa, tapi jangan racist please.

“Tak perlu kot mention bangsa atau sebut perkataan racist, cakap lah uncle ke brader atau guy sahaja. Terasa kawan-kawan India kita,” tulis netizen.

Nurul Hana