[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Pelakon terkenal, Aedy Ashraf sebelum ini menjadi perbualan hangat netizen selepas didakwa putus cinta dengan aktres jelita Amelia Henderson.

Susulan itu, muncul pelbagai kontroversi lain yang terpalit antara aktor Kisah Cinta Hati itu bersama penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha selepas mereka menonton konsert Coldplay bersama di London.

Terbaru, Aedy memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menenangkan fikiran dan bersantai di bawah sepohon pokok semasa berada di negara terkenal itu.

Aedy berkongsi video berdurasi 28 saat itu di Instagram miliknya semalam tanpa sebarang kapsyen telah meraih perhatian rata-rata pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

Meninjau ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang memberi kata-kata semangat pada Aedy agar dirinya terus kuat menempuhi setiap ujian dan cabaran dalam kehidupannya.


Gosip percintaan antara Aedy dan Amelia yang didakwa telah berpisah sehingga kini masih belum menemui sebarang respons daripada kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan: Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Artikel Berkaitan: “Beria Lamar Amelia Henderson, Tapi Yang Dapat Tiket…” – Pamer Aksi Mesra Bersama Daiyan Trisha Di Konsert Coldplay, Ramai Tegur Aedy Ashraf!

Artikel Berkaitan: “Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Artikel Berkaitan: “Setengah Orang Hanya Ditakdirkan Sebagai Kenangan..” – Tulis Ciapan Patah Hati, Netizen Spekulasi Hubungan Aedy Ashraf…” – Amelia Henderson Putus

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

Aqilah Paharuzi