Featured By: Nurul Hana July 5, 2023 @ 3:23pm

[VIDEO] Jaga Kakak OKU, Sisi Berbeza Watie Raih Pujian Warganet – “Tak Salah Shuib Pilih”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering mendapat perhatian serta tak lari dari kecaman sejak namanya mula dikenali ramai.

Terbaharu, tular di laman media sosial TikTok mengenai sisi lain Watie yang ramai tidak tahu.

Menerusi hantaran tersebut, Watie memberitahu bahawa dia mempunyai kakak kandung Orang Kurang Upaya (OKU) dari kecil.

Jelasnya, dia telah menjaga kakaknya selama lebih 30 tahun dan keluarganya juga sering memberi rawatan terapi untuk memulihkan kakaknya.

“Saya nak kenalkan kakak saya OKU. Kakak saya asalnya memang tak boleh berjalan dan semasa dia berumur lebih kurang 10 tahun, ayah saya cuba berusaha mengembalikan kesihatannya supaya boleh berjalan. Ayah buat satu pembedahan ke atas dia tapi malangnya pembedahan itu tidak menjadi. Disebabkan itu, kakak saya jadi lumpuh yang tidak boleh duduk,” kata Watie.

Wati juga ada memberitahu dia sangat teliti dalam mencari pasangan hidup yang boleh menerima keadaan kakaknya itu.

“Bila bab mencari pasangan hidup, sebenarnya saya sangat teliti mencari orang yang boleh terima keadaan kakak. Sekarang syukur alhamdulillah Shuib sangat menerima keluarga saya. Dia lebih bangga dengan saya sebab jaga kakak sendiri,” katanya lagi.

@shintamasheeta semoga Allah merahmati mu aminnn#shuibwatie #shuibsitisarah #watiehanifiah #shuib ♬ original sound – Shinta Mashita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan terharu melihat keikhlasan Watie menjaga kakaknya.

Malah, ramai mengatakan Shuib telah memilih pasangan hidup dengan baik.

“Sebab tu dia boleh handle anak-anak Shuib, jaga orang sakit terlantar ni lagi hebat ujiannya. Alhamdulillah. Saham akhirat dik. Semiga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

“Tak salah Shuib pilih kamu. Until jannah both of you. Orang penyabar je yang boleh jaga OKU. Memang tak salah Shuib pilih,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Aug 2021

“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian. Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh […]

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Events Tue, 9 Apr 2019

“Shoppertainment” Sets New Record for Lazada 7th Birthday Celebrations

As the clock struck midnight, a bunch of items were selling super duper fast!

Featured Thu, 6 Jul 2023
Trending Mon, 16 Mar 2020

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

  KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19. Perkara […]

error: Content is protected !!