[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Gandingan serasi pelakon terkenal Meerqeen dan aktres jelita Anna Jobling tidak dinafikan telah menjadi fenomena selepas kemunculan serasi mereka dalam Melur Untuk Firdaus.

Ekoran itu, mereka sering menampilkan aksi-aksi mesra bersama seperti yang tular di serata media sosial memaparkan perbualan manis di Instagram live.

Baru-baru ini, menerusi sebuah video tular di TikTok, Meerqeen memanggil Anna dengan panggilan ‘Yang’, dipercayai kata singkat untuk ‘sayang’.

Dalam video Instagram Live berkenaan, Anna yang berada di salon meminta Meerqeen untuk menyambung bentuk ‘love’ namun aktor itu menolak.

“Mana boleh Yang, tak boleh. Kita kena ada identiti sendiri,” katanya sambil berseloroh.

 

Meninjau di ruang komen video tersebut, terdapat seorang netizen yang mendakwa hubungan Anna dan Meerqeen adalah sah sebagai satu pasangan dek kerana panggilan itu.

“Yang?! Means confirm la eh?” katanya.

Namun begitu, komen tersebut dibalas oleh salah seorang netizen yang seakan meluat dengan Meerqeen disyakk akibat kerap menunjukkan momen manis bersama Anna.

“Nope, tak pun. Tapi tahu la Meer tu sejenis nak satu dunia tahu dia suka Anna,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, komen netizen tersebut dikritik peminat Meerqeen dan Anna yang mempertahankan pasangan tersebut.

“Kalau dia dengan Anna pun, ada masalah ke dengan hidup awak?,” bidas netizen tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 64,000 tontonan, lebih 2,000 tanda suka dan 30 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Aqilah Paharuzi