[VIDEO] “Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah” – Marissa Dania Melarikan Diri, Abby Abadi Berserah Pada Allah

Pelakon, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila meluahkan isi hatinya berhubung kontroversi anaknya, Marissa Dania Hakim atas dakwaan telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Abby memaklumkan Marissa tidak berada di rumah dan menghilangkan diri selepas terpalit kontroversi berkenaan.

Malah, mereka pertama kali bertemu semula ketika di acara reviu berbuka puasa, baru-baru ini.

“Sekali tu je la saya jumpa dia masa majlis berbuka puasa haritu.

“Dia melarikan diri, menghilangkan diri. Tapi saya tahu dia selamat dekat luar,” katanya.

Mengakui tidak berdaya untuk mengubah keadaan yang telah terjadi, Abby bagaimanapun menyerahkan Marissa dilindungi dalam jagaan Yang Maha Esa.

“Bila dia dah mampu nak berdiri atas kaki sendiri, saya berserah kepada Allah SWT.

“Saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang.

“Cuma saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.

“Kalau dia rasa masih perlukan Mama dia, baliklah,” tuturnya sebak.

Abby berkata demikian menerusi teaser podcast GVV Studio dikendalikan oleh pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam.

@yaya065757

Hati seorang ibu. #abbyabadi #marissadania #marissaaslam #umisyamazlan

♬ MARISSA DANIA – ︎ ︎︎︎ ︎︎ ︎︎︎ ︎︎ ︎︎︎ ︎

Selepas heboh dakwaan Marissa dan Aslam berkahwin, pasangan ini pertama kali muncul bersama di media sosial ketika menjadi model untuk jenama pakaian.

Isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan turut menjadi model untuk jenama sama, namun dia hanya mengetahui kewujudan madunya itu sebaik sahaja tiba di lokasi penggambaran.

Marissa menjadi isteri kedua kepada Aslam dalam sebuah majlis pernikahan berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Berita pernikahan mereka itu disahkan oleh kakak Umisya, iaitu Nadiah Mazlan.

Sehingga kini, Marissa masih mendiamkan diri dan sibuk menjalani penggambaran sebagai model.

Artikel Berkaitan: Marissa Dania, Aslam & Umisya Jadi Model Jenama Pakaian Yang Sama, Netizen Berang

Artikel Berkaitan: “Muka Cantik, Terdidik Dengan Ajaran Agama Tapi Sayang…” – Zarina Zainuddin Sedih Marissa Dania Jadi Isteri Nombor 2

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Nak Sertai Bisnes Tapi Introvert Dikritik Ramai, Respons Sharnaaz Ahmad Pula Curi Perhatian

Artikel Berkaitan:Seakan Reda Dimadukan Dengan Marissa Dania, Status Misya Mazlan Curi Perhatian – “Sesulit Apapun Keadaan, Ajar Hati Untuk Tak Membenci…”

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Artikel Berkaitan: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

Aqilah Paharuzi