[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Gelagat pasangan sejoli, selebriti Noor Neelofa dan suami tercinta, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz sering meraih perhatian ramai di media sosial.

Baru-baru ini, perkongsian Neelofa mencuri tumpuan dimana rata-rata netizen tertumpu kepada PU Riz yang sangat terkejut akibat letupan ‘party popper’ sehingga membuka gaya silat.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan pasangan bahagia ini sedang membuat rakaman untuk mempromosikan Inai NunHa.

“Kalau tahu , dah suruh dia bersilat masa kahwin haritu,” seloroh Neelofa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tak kering gusi melihat aksi spontan PU Riz, malah ada dalam kalangan mereka mengulang video berkenaan lebih 20 kali.

“Aku terkejut betul tu,” kata PU Riz yang tidak henti ketawa.

Neelofa dilihat terlalu terhibur sehingga terduduk tidak dapat menahan diri dengan reaksi spontan suaminya itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.2 juta tontonan, 96,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Aqilah Paharuzi