Usahawan yang juga kekasih hati kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian apabila penampilannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Watie dilihat memakai gaun labuh berwarna nude sambil melakukan ‘catwalk’ dan mempromosikan produk kecantikan.
Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif termasuklah ada yang tampil menegur cara pemakaiannya yang didakwa mencolok mata.
‘
Walaupun ini bukanlah kali pertama penampilannya itu dikritik, Watie bagaimanapun dilihat lebih selesa mengunci mulut dan tidak mengendahkan pendapat orang di luar sana mengenai cara dan gaya pemakaiannya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Watie mendedahkan sudah genap setahun dirinya itu mengenakan hijab, namun iman masih naik turun dan kini perlahan-lahan untuk berubah menjadi lebih baik.
âAlhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh dipakai.
“Sedar masih banyak kekurangan diri, sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, sedar masih banyak yang perlu ditutupi.
âBut small step are better than none, slowly but surely⊠InshaAllah,â katanya.