Pelakon jelita, Fathia Latiff didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama sepupu selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Idham Khan.
Baru-baru ini, Fathia berkongsi momen bersama Idham di Instagram miliknya telah menerima pelbagai respons pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut, Fathia mengusik Idham yang tampak seperti malu-malu dalam video tersebut.
Aktres jelita drama rantaian popular Ariana Rose yang sedang mengusahakan jualan perfume mini pocket meminta Idham untuk memberi pendapatnya.
“Suka tak bau dia? Omey (comel), you omey…,” usik Fathia.
Idham yang tersipu malu diusik lantas menutup muka namun jelas raut wajahnya tersenyum-senyum.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada aktres ini bercinta bersama Idham, namun persoalan tersebut tidak dibalas oleh Fathia.
Rata-rata netizen memuji Fathia dan Idham tampak sangat serasi dan comel bersama.
“Cutelah Kak Ya (Fathia) dengan mamat (Idham) ni,” tulis netizen.
“Idham dengan Fathia ke sekarang?,” soal netizen lain.
Bagaimanapun, sehingga kini riada sebarang respons daripada pihak Fathia sendiri.
Mantappplahhh Jebat
doa yang baik-baik
Not really realizing how much he means to my world - Diana Danielle
Saya tak suka berkongsi kasih atau dimadukan - Linda Nanuwil