Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 29, 2024 @ 11:53am

[VIDEO] Korban Semua Aktiviti, Janna Nick Reda Masih Belum Mengandung – “Dah Cuba Pelbagai Cara Sampai Psiko”

Pelakon jelita, Janna Nick reda apabila sehingga kini masih belum berbadan dua meskipun pelbagai cara dilakukan untuk mengandung.

Isteri kepada selebriti, Dini Schatzmann ini berkongsi sebuah video memaparkan dirinya kecewa setelah membuat ujian kehamilan, baru-baru ini.

Janna memuat naik video tersebut setelah netizen bertanya sama ada di sedang hamil gara-gara bentuk badannya yang seakan berisi.

Jelas aktres drama rantaian Cik PA Tuan Ash ini berkata dia sudah mengurangkan banyak aktiviti lasak demi tidak bergerak aktif kerana bimbang benih anaknya tidak lekat di rahim.

Janna Nick

“Badan berisi sebab tak aktif bergerak takut tak lekat. Saya dah korbankan segala aktiviti yang saya suka… Yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rehat.

“Saya dah makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat besar,” katanya.

Lebih menyedihkan, Janna berkata dia sudah menjadi seorang yang psiko apabila setiap bulan merasakan simptom mengandung namun apabila membuat ujian kehamilan keputusannya negatif..

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-34 ini bagaimanapun menerima takdir Yang Maha Kuasa atas belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Start jadi psiko bila setiap bulan semua benda saya rasa simptom mengandung. Overanalyze! Please take note that pregnancy journey tak mudah.

“Saya faham…saya terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel-comel!,” tulisnya lagi.

@jannanickofficial

Replying to @user9317614082996 dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang I suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest. Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze! Pls take note that pregnancy journey tak mudah. I faham…I terima takdir & tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang & menanti..akan dapat baby yang comel comel ❤️

♬ Buah Hati – Armada

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan kepada Janna untuk tidak berputus asa dan teruskan berdoa.

Sekadar info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 June 2023 dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

Artikel Berkaitan: “Suami Tak Boleh Tinggikan Suara Dengan Saya” – Janna Nick Akui Sensitif Dan Mudah Terganggu

Artikel Berkaitan: Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini – “Kalau Berani Curang, Ada Tel*r Datang Tunjuk!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dini Schatzmann Buat Kerja Rumah, Netizen ‘Cemburu’ Janna Nick Dapat Suami Rajin – “Limited Edition Ni, Jaga Baik-Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Featured Thu, 5 Jun 2025

Azhan Rani Sahut Cabaran Bawa Watak Autisme

Azhan tampil dengan karakter lebih mencabar.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Josiah Hogan tak akan guna pintu belakang percepatkan dapat IC biru

Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Hasil kutipan Filem Blood Brothers: Bara Naga dipercayai bakal mengatasi filem Sheriff

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

10 Tahun Selesa Dalam Konti, Feeya Lupa Hasrat Jadi Pelakon

Selain bergelar penyampai radio, Feeya juga kini mengusahakan produk kosmetik wanita.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Baru Jejak Industri Seni Tapi 2 Anggota Dah Undur Diri… Anak Saudara Stacy Jadi Pelengkap The Gadys

Wahh!! Makin mantap lah The Gadys🔥🔥🔥 Apa-apa pun Gagal Cinta memang fun🫶🏻

error: Content is protected !!