Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 3:32pm

Azhan Rani Sahut Cabaran Bawa Watak Autisme

Pelakon versatile, Azhan Rani kini tampil dengan karakter lebih mencabar apabila diberikan watak sebagai seorang pemuda yang memiliki penyakit autisme.

Pembawaan watak yang baik dalam setiap karakter yang diberikan menjadikan Azhan antara pelakon pilihan pengarah popular, Pali Yahya.

Katanya, pemilihan pelakon amat kena dengan cerita dimana masing-masing memberikan lakonan terbaik.

“Saya dah banyak kali bekerjasama dengan Ummi dan Azhan.

“Lakonan Azhan sebagai pemuda autisme yang keanak-anakan sangat mencabar tetapi dibawa dengan baik olehnya.

“Harun Hashim pula sudah agak uzur, namun masih mampu memberi lakonan yang mantap dan menyentuh perasaan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Tambahnya, hasratnya untuk berdakwah melalui naskah Islamik juga akhirnya tercapai.

“Walaupun dah banyak mengarah, naskhah ini sangat istimewa kerana menjalani penggambaran di Makkah dan Madinah.

“Ia sangat sesuai dengan siarannya di waktu Aidil Adha dan suasana umat Islam mengerjakan Haji.

“Drama ini turut menonjolkan surau berusia lebih 100 tahun di Slim River, Perak sebagai lokasi penggambaran dan ia sangat menarik,” jelasnya.

Manakala, Datin Norley Aimi Nadiah Shaari selaku penerbit berkata, dia bersyukur kerana drama ini terpilih untuk ditayangkan di stesen televisyen sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

Bahkan, dia juga berpuas hati dengan komitmen kru terlibat sekaligus berpendapat naskhah seumpama ini perlu diperbanyakkan kerana ia bukan sahaja mempunyai nilai hiburan tetapi mesej yang baik untuk diketengahkan kepada masyarakat.

“Ini adalah kali ketiga kami mengadakan penggambaran di Makkah dan Madinah selepas drama Surat Dari Tuhan (TV3) dan Satu Hari Nanti (Iqiyi).

“Kami mempunyai perniagaan di Makkah termasuk rumah di sana menjadikan urusan penginapan dan logistik diurus dengan sempurna.

“Kami berpuashati dengan hasil dan komitmen semua kru termasuk Pali Yahya dan pelakon-pelakon lain. Semoga kami diberi peluang lagi menerbitkan drama yang berunsur islamik.

“Semoga Bilal dan Abah mendapat sambutan penonton. Malah ia sesuai ditonton seisi keluarga apabila ditayangkan nanti.

“Kami berterima kasih kepada Zabidi Mohamad selaku penasihat penerbitan bagi pihak TV Al Hijrah yang menerima telefilem kami,” ujarnya.

Sekadar info, drama ini mengisahkan Bilal seorang pemuda autisme yang sangat mengagumi tokoh Islamik, Bilal bin Rabah.

Kemudian, hadir seorang insan bernama Fatihah yang bekerja di syarikat umrah di kampungnya. Perkenalan Fatihah dengan Bilal dan Abahnya sudah membuka peluang Bilal untuk ke Makkah dengan percuma.

Namun Abahnya tidak sempat menyaksikan anak istimewanya itu kerana meninggal dunia. Apakah Bilal berjaya merealisasikan impiannya mengerjakan umrah?

Selain Azhan Rani, drama ini turut menampilkan pelakon hebat iaitu, Harun Hashim (Abah), Ummi Nazeera (Fatihah), Luqman Hafidz (Jalal) dan Hafiy Al Tamis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Dakwaan Disogok RM5 Juta, Polis Bakal Rekod Keterangan Farid Kamil

Pihak Polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Syukur Dijauhkan Dari Kawan Bermuka-muka, Luahan Nur Fazura Mengenai Makna Persahabatan Raih Tanda Tanya

Nur Fazura syukur kerana telah diberikan petunjuk mengenai sikap sebenar orang sekelilingnya

Featured Sat, 20 Dec 2025

“Mereka Menangis Dalam Diam” – Zizi Izette Sebak Anak-Anak Rindu Arwah Bung Moktar

Kata Zizi, meskipun dia seorang yang sangat menjaga privasi, namun perkongsian yang dibuat bukanlah mahu meraih simpati sebaliknya berkongsi perasaan

Trending Wed, 7 Oct 2020
error: Content is protected !!