[VIDEO] “Lain Macam Lenggok Dia” – Netizen ‘Compare’ Suara Siti Nurhaliza Ketika Umur 18 Tahun, Puji Tetap Merdu!

Memiliki kelunakan suara dan mampu menyanyikan pelbagai genre lagu, maka tidak hairanlah sekiranya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai auranya yang tersendiri.

Malah,  baru-baru ini tular sepotong video yang telah dikongsikan oleh peminatnya di TikTok memperlihatkan Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi berpakaian santai berona merah hati tampil menyanyikan lagu Tiga Malam yang popular sekitar tahun 90-an.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Siti kelihatan mendengar semula lagu tersebut sebelum menyanyikannya secara live ketika pulang bercuti di kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang.

“Mula terkeluar suara halus Siti Nurhaliza 18 tahun… bila nyanyi semula umur 44 tahun terus berlemak merdu,” tulis pada video berkenaan.

Mendengar nyanyian merdu dari penyanyi itu, rata-rata peminat Siti membandingkan suara penyanyi itu ketika berusia 14 tahun di mana lagu tersebut dirakam bersama kumpulan 2 By 2 sehinggalah sekarang.

Bahkan, ada yang berasa ‘goosebump’ setiap kali Siti menyanyikan semula lagu-lagu lamanya.

“Bila nyanyi semula, alahai sedapnya,” kata peminat.

Menjengah ke ruangan komen, video berdurasi 31 saat itu telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terpegun dengan bakat yang dikurniakan Tuhan buat Siti.

“Lain macam lenggok dia. Suka version yang muda.

“Suara Siti sedap mengikut usia. Normal sebagai manusia akan lalui proses muda dan tua. Tapi TokTi suara memang power!

“TokTi ni kalau nyanyi suka-suka pun… dia boleh je hit semua note macam dulu-dulu.

“Memang lunak berlemak sangat!

“Suara TokTi ni memang tak jemu dengar, saya pun membesar dengan lagu-lagu TokTi.

“Saya salah seorang peminat TokTi. Bila dengar balik suara TokTi masa muda memang meremang bulu roma saya,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 10,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…

2 hours ago