[VIDEO] Lan Solo Bawa Anak-Anak Camping Belakang Rumah – “Syok La Laman Besar.. Kami Rare Ditemani Bunyi LRT”

Penyanyi Lan Solo berkongsi sebuah hantaran di Instagran miliknya yang telah menunaikan hasrat dan permintaan anak-anaknya untuk berkhemah.

Dek keadaan cuaca yang membimbangkan dan tidak menentu, Lan mengambil inisiatif untuk berkhemah di halaman rumahnya yang sangat lapang.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik itu, Lan menunjukkan momen-momen manis anaknya berkhemah meskipun ditemani dengan bunyi tren LRT.

“Haritu anak-anak request ajak camping dekat mana-mana tempat yang best cuti sekolah ni.. tapi dengan keadaan cuaca yang kurang baik dan boleh mengundang bahaya, kitaorang terpaksa batalkan.

“Jadi malam ni camping kat belakang rumah jelah.” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkarangan kediaman Lan yang amat luas dan besar serta mampu untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk bermain.

Meninjau ke Instagram isteri Lan Solo iaitu Sheila Razlan, dia turut berkongsi keadaan sebenar mereka ketika berkhemah di belakang kediamannya yang ditemani dengan bunyi tren LRT, kapal terbang serta motor berlumba.

Sebelum ini, puteri sulung Lan Solo menerima kritikan netizen dek kerana membuat tarian Wednesday yang dikatakan mempunyai unsur pemujaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Lan Solo Buat Tarian ‘Wednesday’ Raih Perhatian, Netizen Pertikai Pemilihan Lagu – “Tolong Hati-Hati, Lirik Memuja”

Aqilah Paharuzi