[VIDEO] “Masya-Allah! Bacaan Dengan Lagu Serta Tajwid, Boleh Buat Tidur Lena” – Rakaman Adi Putra Mengaji Tular

Pelakon yang terkenal dengan sikap dan cara percakapannya yang bersahaja, Datuk Adi Putra sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Ia selepas tularnya video pendek berdurasi lebih dari seminit yang memaparkan pelakon yang berusia 41 tahun itu sedang mengalunkan bacaan surah Ar- Rahman.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram @ketukhati01 itu telahpun menerima lebih 9,000 tanda suka sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu.

Tidak dapat dipastikan bilakah rakaman tersebut diambil namun rata-rata warganet memuji bacaan dan alunan suara teraju utama filem #MatKilau ini.

Bahkan, ada diantara peminat aktor itu yang ‘cair’ bukan sahaja dengan lakon layarnya malah dengan keperibadian yang ditunjukkan.

 

Terdahulu, selepas lama menyepi dalam industri lakonan, nama Adi Putra kembali menjadi sebutan apabila kejayaan filem dibawah arahan Syamsul Yusof, #MatKilau mendapat sambutan luar biasa dari penonton dan peminat filem tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Dia Seorang Yang…” – Netizen Dakwa Beto Kusyairy Lebih Layak Pegang Watak Mat Kilau, Ini Respons Adi Putra

ARTIKEL BERKAITAN:“Ia Memerlukan Kudrat Dan Segala-Galanya”- Mengaku Dibayar Mahal, Adi Putra Lebih Selesa ‘Kunci Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Ada Aset Lebih RM21 Juta, Adi Putra Enggan Dipanggil Jutawan – “Saya Hanya Meminjam Daripada Allah”

Salma Syahbuddin