#SeoulSaranghae: Bakal Bergelar Pelakon, Jennie BLACKPINK, The Weekend, Troye Sivan Dan Lily-Rose Depp Bersatu Dalam ‘The Idol’

Selepas beberapa keping foto salah seorang anggota kumpulan K-pop popular Korea Selatan, BLACKPINK iaitu, Jennie tular, pihak rangkaian televisyen antrabangsa, HBO akhirnya mengesahkan bintang itu akan terlibat dalam sebuah siri berjudul ‘The Idol’.

Malah, perkara itu juga turut dikongsikan oleh pihak HBO menerusi ciapan mereka di Twitter.

Difahamkan, siri tersebut adalah hasil idea The Weekend dan ‘Euphoria’ iaitu Sam Levinson.

“Selepas sebulan spekulasi timbul, akhirnya Jennie BLACKPINK bakal muncul dalam siri terbaru berjudul The Idol.

“Tawaran itu telah diterima oleh pihak Jennie pada Jun lalu namun, perkara tersebut tidak dihebahkan sehinggalah pihak HBO memberi pengesahan mengani perkara tersebut,” katanya.

Namun, pihak HBO masih belum mengumumkan mengenai tarikh sebenar tayangan program berkenaan.

Untuk makluman, The Idol turut dibintangi oleh The Weekend, Troye Sivan dan anak kepada Johnny Depp iaitu, Lily-Rose Depp.

 

 

Sumber: Soompi, Twitter

Salma Syahbuddin