[VIDEO] “Melampau! Hilang Maruah Seorang Wanita..” – Kongsi Aksi Goyang & Tepuk Punggung, Netizen Tegur Kak KM, DSV, Ifa Raziah & Cheta Potpet

Usahawan kosmetik sensasi terkenal, Liana Rosli atau Kak KM sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas memuat naik sebuah video yang dianggap tidak menjaga sensitiviti sendiri.

Video yang dimuat naik di akaun Instagram Kak KM melihatkan pengasas produk terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Ifa Raziah dan Cheta Potpet sedang berdiri di bahagian belakang sebuah kereta mewah dalam posisi tidak menyenangkan netizen.

Menerusi video tersebut, pengasas produk berkenaan menunjukkan bahagian belakang badan mereka sambil menggoyangkan dan saling menepuk punggung sesama sendiri.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menganggap konten ‘murahan’ seperti itu tidak wajar dimuat naik untuk menjadi tontonan kepada orang ramai.

Video berkenaan dirakam di Kuala Lumpur depan khalayak ramai yang sedang lalu lalang di kawasan berkenaan dan netizen mendakwa mereka tidak ada rasa segan silu untuk menunjukkan aksi yang dianggap kurang bermaruah.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa bahawa sebagai pengasas produk terkenal dan selebriti mereka seharusnya mampu berfikir dengan baik sebelum memuat satu konten.

 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang turut memberikan nasihat kepada selebriti dan juga pengasas produk ini untuk berhenti membuat ‘marketing’ dengan mengaibkan diri sendiri hingga ditayangkan di media sosial.

Aqilah Paharuzi