[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Umum sedia maklum, pengacara dan pelakon versatil Ain Edruce gemar mengusik suaminya, Amirul yang sering memberi reaksi ‘blur’ dan jarang tersenyum.

Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada isyarat mata yang diberikan oleh suami tercintanya.

Menerusi video pendek berdurasi 7 saat itu, pasangan bahagia suami isteri ini dilihat sedang menari beserta kapsyen di video yang membezakan sikap mereka.

Kapsyen yang ditulis adalah ‘Isteri yang rajin upload gambar suami dalam Instagram’ merujuk pada Ain, manakala ‘Suami yang langsung tak upload gambar isteri dalam Instagram’ iaitu merujuk pada Amirul.

Apa yang menarik perhatian adalah rata-rata netizen terhibur melihat isyarat mata Amirul yang laju berkelip seperti memberi tanda minta pertolongan (SOS).

Ada dalam kalangan netizen berpendapat bahawa Amirul dilihat terpaksa melayan karenah Ain yang gemar mengusik dan suka memuat naik video di TikTok.

Dalam pada itu, ramai juga yang bersetuju golongan lelaki jarang berkongsi gambar kekasih atau suri hati mereka di laman media sosial.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 960,000 tontonan, 64,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Artikel Berkaitan: Jaga Nama Baik Suami & Keluarga, Ain Edruce Takkan Kongsi Foto Terlalu Seksi

Aqilah Paharuzi