Hiburan By: Izzi Farhana July 5, 2023 @ 7:10pm

[VIDEO] “Nak Lebih Bayarlah Dik.. Takkan Free..”- Berdekah! Elly Mazlein Sempat ‘Sound’ Radin & Azad Jasmin Lepas Menyanyi Dua Baris Lagu Bersama Aina Abdul

Penyampai radio dan pengacara, Radin telah berkongsi sebuah video Aina Abdul dan Elly Mazlein yang menyanyi sebuah lagu milik Elly berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan di sebuah konti radio.

Video tersebut dikongsi menerusi akaun TikTok milik Radin sendiri.

@radinamiraffendy Jangan terkejut!! Korang nilai sendiri… Kak Kepom vs AA 😭 #usahditambahbarayangtersimpan #ainaabdul #kaklinapompom #kakkepom #tigapagiEra #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan ♬ Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan – Elly Mazlein

Menerusi video tersebut, Aina pada mulanya menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut dan dia segera meminta Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina untuk menyanyikan bahagian korus lagu tersebut.

Namun selepas menyanyikan lagu tersebut dengan hanya dua baris, Kak Lina sempat ‘sound’ Radin dan juga Azad Jazmin selaku penyampai radio pada hari itu.

“Nak lebih Bayarlah Dik… Takkan free,” kata Kak Lina sehingga membuatkan Aina ketawa melihat telatahnya.

Walaupun hanya sempat menyanyikan dua baris lagu sahaja tetapi vokal yang mantap daripada Kak Lina telah mendapat pelbagai respons yang positif dan pujian daripada netizen di ruangan komen.

“Suka gila suara Elly Mazlein. Serak-serak manja gittu. Terbuai dengar. Only one Elly Mazlein

“Lagu dia gais. Memang dia lah yang paling best nyanyi. Takde tanding. Love teruk

“Sebelum Kak Lina sambung lagi saya dah cakap dalam hati, kemerduan lagu ni hanya ada kat kak Lina. Sekali dia nyanyi, yessss!” Tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Malaysian Ringgit Might Be Getting a New Look

But don’t worry, the value won’t drop.

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Hiburan Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Mon, 14 May 2018

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air

Featured Fri, 26 Jul 2024
Featured Thu, 9 Feb 2023

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Fuhhh, pencapaian yang amat membanggakan. All the best Iman untuk Ahad ni 🤩🤩