[VIDEO] “Nasib Tak Latah, Kalau Tak Keluar Silat Pulut Saya” – Siti Nurhaliza Nyaris Terlanggar Dulang, Netizen Syak Waiter Terpegun Tengok ‘Bidadari’

Penyanyi kegemaran ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir bertembung dengan seorang pelayan yang membawa dulang bekas hidangan sebelum acara konsertnya bermula di sebuah hotel bertempat di ibu kota.

Siti berkongsi kejadian tersebut menerusi sebuah video tular yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Moment sebelum masuk dewan .. hehehe.. Tanjat hadek…

“Saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya. Tapi Alhamdullillah, Tak ada apa-apa berlaku..

“Pinggan tak pecah dan saya perform macam biasa .. heheheh..(nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!!),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meskipun berdepan dengan keadaan yang tidak diduga, rata-rata netizen membanjiri komen hantaran tersebut dengan memuji Siti Nurhaliza atas sikap professionalnya.

 

Semasa artikel ini ditulis, perkongsian itu telah meraih sebanyak lebih 90,000 tontonan dan 3,000 komen netizen, termasuk rakan-rakan selebriti seperti Nabila Razali, Nadia Brian, Radin dan lain-lain lagi.

Aqilah Paharuzi