[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Penampilan pelakon Mia Sara Nasuha, 16, menjadi perbualan netizen apabila penampilannya terkininya dikritik.

Dakwa netizen, sekitar awal tahun lalu, Mia sangat menutup aurat dengan memakai tudung menutupi dada serta tidak mendedahkan lehernya.

Menerjah di ruangan komen video yang dimuat naik oleh Mia di TikTok miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal melihat aktres cilik itu seakan tidak menjaga aurat wanita bertudung.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa Mia kini bukanlah orang yang sama seperti dahulu kerana dikatakan telah berubah.

Terkini, Mia sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas membuat penggambaran video bersama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Video pendek berdurasi 10 saat itu memaparkan Leona, Mia dan dua lagi rakan mereka membuat video TikTok sambil Mia sedang makan dan minum dalam keadaan berdiri.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen yang mengesyaki berkawan dengan Leona adalah punca penampilan Mia kini berubah 180 darjah.

Kata netizen, Mia seakan didakwa berada dalam keadaan tekanan rakan sebaya membuatkan dirinya perlahan-lahan mendedahkan aurat terutamanya leher.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan risau sekiranya Mia terpengaruh serta menasihati aktres Epilog Syurga Cinta itu agar pandai menjaga diri.

Namun begitu, ada juga sesetengah netizen yang berpihak kepada Mia agar tidak mengendahkan komen negatif dan terus menjadi diri sendiri.

Semasa artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 1.4 juta tontonan, 100,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Aqilah Paharuzi