[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Keakraban pelakon dan penyanyi Erra Fazira bersama penyanyi rock Datuk Awie tidak dinafikan sering dijadikan perbualan hangat netizen di media sosial.

Umum sedia maklum, Awie dan Erra pernah menjalin hubungan percintaan suata ketika dahulu di saat mereka masih setahun jagung dalam industri seni hiburan.

Susulan itu, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat Awie dan Erra telah mencuri perhatian netizen apabila disoal mengenai tarikh mereka putus cinta.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu adalah video milik Media Hiburan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok di akaun peminat Erra.

Semasa disoal para wartawan, Awie berkata dia tidak mengingati tarikh tepat mereka sah putus cinta.

Susulan itu, mata netizen tertumpu kepada reaksi Erra yang terkejut dengan kenyataan Awie itu lalu terus menembak soalan kepada Awie.

“Awak kahwin dulu tahun berapa?” ujar Erra.

Dapat dilihat Awie terdiam seketika lalu kedua-dua mereka terhibur dengan gelagat masing-masing.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji serta kagum sikap profesional yang ditonjolkan oleh selebriti kegemaran mereka ini.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berkata hubungan mereka diibaratkan seperti pelakon Bollywood iaitu Kajol dan Shah Ruh Khan yang mesra namun kekal sebagai rakan baik.

Artikel Berkaitan: Jadi Isteri Nombor 1 ATAU Nombor 2? Saya Nak Tenang Dan Berkahwin kerana Allah…” – Erra Fazira Enggan Kongsi Perihal Jodoh

Artikel Berkaitan: Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Aqilah Paharuzi