Categories: AcaraOMGTrending

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pencarian Wanita Melayu (PWM), telah menobatkan Aqila Afindi, 21, sebagai Ikon Wanita Melayu 2022  di pentas utama Plaza Shah Alam, baru-baru ini.

Selepas seminggu bersaing bersama  sembilan finalis yang lain, Aqila berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja.

Dalam pada itu, pertandingan itu turut menyaksikan Nur Athiya Hazirah ditempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan Siti Aisyah mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah .

Ketiga-tiga pemenang utama itu turut membawa pulang hadiah sumbangan daripada para penaja lain seperti Habib dan ICE Watch.

Menerusi pertandingan anjuran Plaza Shah Alam itu,  Sabrina Nizam juga digelar sebagai Miss Personality dan Nur Diana Sri Tunteja pula mendapat gelaran Miss Photogenic.

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah tajaan.

Sebelum ini, program PWM 2022 ini telah disertai oleh lebih 200 kontestan bagi sesi uji bakat pada Julai lalu dan diikuti seramai 25 peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Majlis yang dikendalikan oleh pelakon Fahrin Ahmad bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie itu turut diadili oleh juri professional seperti Vanidah Imran, Encik Faizal Hamid , Kiffy Razak, Puan Azura Mokhtar dan Mas Idayu.

Menyorot kembali perjalanan program PWM 2022, Seramai lebih 200 peserta hadir bagi sesi uji bakat yang diadakan selama dua hari pada 23 & 24 Julai lalu diikuti sesi separuh akhir yang berlangsung 6 Ogos menyaksikan 25 peserta bertanding untuk layak ke peringkat akhir.

Selain Aqila,  Siti Aisyah , Puteri Ermisha Qistina, Nur Yasmin, Nur Izzatul Aqma, Nur Shalia, Yaserah Ali, Sabrina Nizam, Nur Diana Sri Tunteja dan Nur Athiyah Hazirah turut bersaing untuk mendapatkan gelaran Ikon Wanita Melayu Tahun ini.

Fatin Nurain