[VIDEO] “No Bulu Mata, No Ketat-Ketat” – Penampilan Noorkhiriah Terima Anugerah Dipuji, Suami Yang ‘Approve’

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon Noorkhiriah apabila telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), pada Sabtu.

Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie yang memenangi kategori tersebut menerusi drama Madu siaran TV Okey tampil mengenakan busana serba hitam ketika menghadiri anugerah berprestij itu.

Menerusi perkongsian di TikTok, pelakon drama Nur itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang bersedia untuk ke acara tersebut.

“QC lulus…No bulu mata No ketat-ketat…baik Cik Suami,” tulis Khiriah.

Difahamkan penampilan sopan Khiriah itu mendapat kelulusan suaminya, Azfaizul Ahtan.

Menerusi hantaran di Instagram pula, Noorkhiriah meluahkan rasa gembira dan terima kasih atas kerja kerasnya malah menganggap kemenangan tersebut adalah rezeki buat anak-anaknya.

“Terima kasih Allah, terima kasih semua yang terlibat. Buat kerja jangan harap balasan. Amanah Allah.

“Tapi serius rasa macam nak melompat bila nama naik, dah lama tak rasa momen macam ni.

“Rezeki akak adalah rezeki anak-anak,” tulisnya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Sehingga kini perkongsian itu telah meraih lebih 250,000 tontonan, 19,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Khiriah itu dengan mengatakan pelakon tersebut tetap cantik biarpun berbaju longgar dan tiada bulu mata palsu.

Khairil Khusyairi