Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2023 @ 8:30pm

[VIDEO] “Otak Sangat Bising, Kritikal Sampai Ajar Cara Bunuh Orang…” – Janna Nick Tertekan, Diserang Penyakit Bipolar Paling Teruk!

Penyanyi dan pelakon Janna Nick menangis teresak-esak akibat tidak dapat menahan rasa penat selepas terpaksa ‘berperang’ dengan otaknya yang terlalu ‘bising’.

Disahkan menghidap bipolar disorder pada dua tahun lalu, Janna berkata serangan pada kali ini adalah yang paling teruk pernah dilaluinya. 

Menerusi video siaran langsung di TikTok sebentar tadi, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini mendedahkan dia sangat bahagia, namun penat berperang dengan otak sendiri yang terlalu bising. 

“Saya happy, tiada masalah. Saya ok, cuma saya ada masalah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat-sangat hari ini. Paling teruk yang pernah saya hadapi.

“Saya jalani penggambaran seperti biasa, cuma setiap hari saya balik lewat. Pukul 7 pagi, 8 pagi. Ada hari saya tidur jam 2 petang jadi jadual waktu tidur saya sudah bercelaru dan tidak menentu. 

“Mungkin perubahan ini buatkan otak saya tak boleh terima, tapi saya tak tahu kenapa sebab saya tak pernah lalui seteruk ini,” katanya. 

Lebih parah, Janna berkata otaknya yang terlalu bising itu memberikannya input sangat menyerikan iaitu cara-cara bagaimana hendak membunuh seorang manusia. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Bila saya nak tidur saya set phone dalam sleep mode, target nak tidur dalam enam jam tapi sepanjang saya tidur tu otak saya berperang dengan saya sebab dia (otak) tak nak tidur. 

“Dia (otak) paksa saya fikir benda yang kritikal, sepanjang saya tidur otak saya buat saya fikir macam mana cara nak bunuh orang.

“Saya rasa penat, masa saya tidur dia ajar saya bunuh orang, sorok mayat, macam mana nak lari dari polis… saya tak suka! 

“Suara-suara dalam otak saya ni terlalu bising, sampai saya rasa macam nak shut downkan otak saya… saya penat sangat..,” tuturnya lagi dalam keesakan. 

Jelasnya lagi, Janna memaklumkan keadaanya tidak selalunya seperti ini, namun setiap kali dia cuba melawan otak bising itu dengan berzikir, suara tersebut semakin kuat.

“Saya bukan hari-hari macam ni, tapi bila datang hari yang teruk tu bila istighfar, berzikir tak dapat melawan suara-suara bising yang tengah bercakap dalam otak.

“Bayangkan nak berzikir, tapi lagi 10 orang dalam otak pun nak bercakap juga. Suara diorang akan lagi kuat, bising sangat sampai rasa macam nak hentak kepala dekat dinding. 

“Penyakit bipolar yang saya alami ini sangat teruk, ubat yang saya kena makan tu pun effect dia tak sesuai dengan kerja saya,” ujarnya lagi.

@xtra_my

Hanya orang yang pernah melalui bipolar je akan faham.. Allahu kesian Janna 😭😭 #fyp #xtramy #jannanick #bipolar #menangis #sakit #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Selepas berkongsi perkara tersebut di platform TikTok, Janna akhirnya meluahkan rasa lega dan berharap orang ramai untuk tidak memandang remeh tentang penyakit mental.

Janna juga mengucapkan terima kash kepada semua pengikut yang menonton live tersebut atas tidak henti menitipkan pesanan dan doa kepadanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Nov 2023

Fokus Kepada Keluarga & Nak Jaga Nama Baik, Tom Dah Cuci Tangan Bergelar Penyanyi Kelab Malam

Mengimbau kenangan betul lah Tom perform kat Langkawi dulu-dulu tu😍Semoga Tom dapat ke mainstream!!

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Tiada Niat Sorok Tunang…

Amboi…dalam diam ya.

Events Fri, 6 Jul 2018

Gelombang Haba Serang Kanada

Kebanyakan mangsa di bandar itu adalah lelaki berusia antara 53 hingga 85 yang tinggal di kawasan terdedah dan tanpa akses kepada penghawa dingin.

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Sun, 13 Jun 2021

Single Baru Simfoni bersama Ezad Lazim Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, kumpulan nasyid Simfoni kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Terus hasil ciptaan Fadzli Far East sebagai pencipta lagu dan Ito Lara sebagai penulis lirik. Dianggotai oleh […]

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Didakwa ‘Party’ Di Kelab Malam, Cik B Tampil Respons

Cik B tampil perjelas dakwaan berhibur di kelab malam

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!