[VIDEO] “Pertandingan Ke Karaoke?” – Netizen Kritik Nyanyian Naufal Azrin Sampai Tersingkir

Penyanyi Naufal Azrin nampaknya sering mendapat perhatian ramai apabila dia menyertai sebuah program realiti pertandingan nyanyian, baru-baru ini.

Saban minggu pasti ada sahaja cerita-cerita panas penyanyi lagu Casablanca itu sejak memasuki pertandingan tersebut.

Terbaharu, Naufal sekali lagi menjadi tumpuan apabila tampil mendendangkan lagu Only milik penyanyi Korea Selatan, Lee Hi, pada konsert minggu ketiga.

Namun nyanyiannya pada malam tersebut dikatakan agak ‘kurang’ kerana tidak mampu menambat hati juri-juri.

Lebih mengecewakan, penyanyi berusia 23 tahun itu diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah.

Namun disebalik penyingkiran tersebut, Naufal mendedahkan dia mengalami sakit tekak sehingga menyukarkan dia membuat improvasi.

Menjengah di media sosial, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap nyanyian Naufal. Malah, ramai juga turut mengkritik penyanyi itu menyampaikan lagu tersebut dengan kurang baik sekali.

Khairil Khusyairi