[VIDEO] Posing ‘Manja’ Di TikTok, Kapsyen Zara Zya Curi Tumpuan Netizen – “Syarat Nak Jadi BF Kena…”

Baru-baru ini, pelakon Zara Zya memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan ‘trend’ di TikTok.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis Zara Zya yang meletakkan syarat jika sesiapa ingin menjadi kekasihnya.

“Syarat BF, rajin record video,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

@zarazyaofficial Syarat bf, rajin record video 😊 #ZaraZyaOfficial ♬ suara asli – Mix Syakur Comedy

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Zara Zya dan memiliki senyuman yang manis.

Dalam pada itu, sempat lagi segelintir warganet cuba menjodohkan Zara Zya dengan usahawan kosmetik, Alha Alfa.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya siapa bakal menjadi jodoh pelakon jelita itu.

Terdahulu, pelakon Risik Pada Hati itu pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam namun terputus ditengah jalan.

Selepas itu, Zara juga pernah terpalit dengan kontroversi yang dikatakan hangat bercinta bersama pelawak dan usahawan, Shuib.Baru-baru ini, pelakon Zara Zya memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan ‘trend’ di TikTok.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis Zara Zya yang meletakkan syarat jika sesiapa ingin menjadi kekasihnya.

“Syarat BF, rajin record video,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Zara Zya dan memiliki senyuman yang manis.

Dalam pada itu, sempat lagi segelintir warganet cuba menjodohkan Zara Zya dengan usahawan kosmetik, Alha Alfa.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya siapa bakal menjadi jodoh pelakon jelita itu.

Terdahulu, pelakon Risik Pada Hati itu pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam namun terputus ditengah jalan.

Selepas itu, Zara juga pernah terpalit dengan kontroversi yang dikatakan hangat bercinta bersama pelawak dan usahawan, Shuib.

Atiqah Johari