[VIDEO] “…Saya Memang Suruh Nyanyi Banyak Lagu” – Pengacara MHI Digelar Kaki Buli?

Siapa sangka pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) yang cukup popular di TV3 setiap pagi dilabel sebagai ‘kaki buli’.  Mana tidaknya, ini dapat dilihat menerusi program Malaysia Hari Ini yang disiarkan pada Khamis.

Pada program yang bertarikh 5 Mac 2020, seorang pemuda bernama Muhammad Yassin Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Ahmad Yassin telah dijemput ke program berkenaan untuk mengetengahkan bakat nyanyiannya kerana sebelum ini beliau digelar sebagai klon penyanyi popular tahun 60-an, Ahmad Jais.

Sumber : Youtube

Suara lunak persis penyanyi 60-an

Sumber : xtra.com.my

Siapa sangka, anak jati kelahiran perak ini bukan setakat obses dengan lagu-lagu nostalgia sekitar tahun 60-an dan 70-an malah anak muda ini turut berbakat besar dalam nyanyian sehinggakan suara beliau persis penyanyi Selamat Tinggal Bungaku, Allahyarham Ahmad Jais.

Bukan Buli tapi…

 

Sumber : xtra.com.my

Sumber : xtra.com.my

Gara-gara suara Muhammad Yassin Mohd Daud ini persis penyanyi 60-an itu, tidak menjadi kesalahan buat pengacara MHI, Fedtri Yahya dan krew produksi yang bertugas untuk meminta beliau menyanyikan beberapa lagu lain kerana terpegun dengan suara lunak beliau.

Dan sebenarnya bukanlah ‘buli’ seperti yang dikata, cuma kelunakkan suara Muhammad Yassin membuatkan Fedtri Yahya mengambil kesempatan untuk menyuruh beliau menyanyikan lagu raya yang dipopularkan oleh Allahyarham, Ahmad Jais.

Kelunakkan dan keunikan yang dimiliki oleh pemuda berusia 22 tahun ini, ternyata menarik perhatian ramai sehingga video yang dimuat naik pada Khamis lalu kini meraih 29,666 juta tontonan. Malah Fedtri sendiri mengakui tertarik untuk mendengar banyak lagu daripada penyanyi yang berbakat seperti Muhammad Yassin.

 

Telan kaset ke apa ni?

Sumber : Twitter

Haa, buat korang yang nak tahu, sama atau tidak suara Muhammad Yassin dengan Allahyarham, Ahmad Jais korang kenalah tengok video ni okay!

Salma Syahbuddin