[VIDEO] “Semua Orang Bersikap Profesional” – Masih Jalani Penggambaran Dengan Aliff Aziz, Fokus Sophia Albarakbah Tak Terganggu

Pelakon Sophia Albarakbah mahu memberikan fokus untuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Ku Akad Kau Dengan Bismillah (KAKDB) yang berbaki dua minggu.

Ditemui di sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) sebentar tadi, Sophia gembira kerana drama bersiri itu mendapat sambutan memberangsangkan.

“Syukur Alhamdulillah, respons terhadap drama KAKDB sangat baik. Saya tak jangka dapat sambutan sebegini.

“Sejujurnya, ia agak ‘rushing’ kerana kami masih dalam penggambaran dan drama ini sudah menemui penonton. Saya gembira kerana setakat ini ramai yang menggemarinya dari sudut lakonan dan jalan cerita.

“Semua pelakon, kru dan pengarah bekerja kuat untuk drama ini. Harap orang ramai dapat menyokong drama ini sehingga tamat disiarkan,” katanya kepada XTRA.

Bergandingan dengan pelakon Aliff Aziz dalam KAKDB, Sophia juga mendedahkan dia hanya tidur selama empat sehingga lima jam sehari kerana masih sibuk dengan penggambaran.

“Kami dah lalui pelbagai perkara. Kami bekerja kuat dan sehari hanya dapat tidur selama empat sehingga lima jam. Bila orang ramai suka, saya berbangga dengan diri sendiri dan semua yang terlibat. Fokus saya hanya terhadap penggambaran,” katanya.

Ketika ditanya adakah perkara lain yang terjadi mengganggu fokus terhadap penggambaran, Sophia mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya rasa semua orang bekerja dengan profesional. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja kerana semua orang bersikap profesional.

“Semua orang fokus dengan kerja, bermula hari pertama sehingga sekarang. Saya tak terganggu nak teruskan penggambaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Terdahulu, Sophia didakwa menjadi ‘penyondol’ rumah tangga Aliff dan isteri, Bella Astillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Dalam pada itu, pihak pengurusan Sophia memberitahu mereka sedia untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi berlaku selepas selesai penggambaran KAKDB.

Padin