[VIDEO] “Smart woo, Sancho” – Netizen Teruja TikTok Rasmi Manchester United Guna Sound Ryan Bakery!

Pempengaruh terkenal, Ryan Bakery sering meraih perhatian netizen apabila kerap memuat naik konten yang sangat berkait rapat mengenai situasi masyarakat Malaysia.

Malah, selepas kemunculannya dalam sebuah program hiburan, nama Ryan Bakery sehingga kini masih menjadi sebutan serta meraih lebih 2.9 juta pengikut di media sosial.

Terbaru, heboh di aplikasi TikTok memaparkan sebuah video kelab bola sepak ternama United Kingdom, iaitu Manchester United yang telah menggunakan suara latar belakang Ryan Bakery dalam salah satu video di akaun TikTok rasmi pasukan terkenal itu.

Video tersebut menunjukkan skill winger Manchester United, Jadon Sancho ketika dalam perlawanan menentang kelab Liverpool baru-baru ini.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang turut teruja apabila mendengar suara pempengaruh itu di TikTok rasmi MU yang mempunyai 16.7 juta pengikut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 2.9 juta tontonan, 364,000 tanda suka dan 13,000 komen.

Aqilah Paharuzi