Featured By: Khairil Khusyairi April 20, 2023 @ 3:21pm

[VIDEO] Suara Tetap Power! Junainah M. Amin Nyanyi Lagu Raya Buat Semua Tak Sabar Nak Raya – “Satu-Satunya Lagu Buat Semangat Nak Raya”

Setiap kali Syawal, tak lengkap jika kita tak didendangkan dengan lagu-lagu raya yang pastinya menggamit segela memori terutamanya lagu nostalgia zaman dahulu.

Terbaharu, tular sebuah klip rakaman video yang memaparkan pelakon dan penyanyi popular era 1970-an, Junainah M. Amin sedang membuat persembahan di sebuah program televisyen (TV), baru-baru ini.

Menerusi rakaman tersebut, Junainah sedang menyanyikan lagu raya hits nyanyiannya iaitu Suasana Riang Di Hari Raya kepada penonton.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah biarpun lagu tersebut sudahpun mencecah puluhan tahun namun kelunakan suara Junainah tetap sama seperti dahulu.

Tampil segak berbaju kurung biru, Junainah dilihat sangat santai dan steady ketika mendendangkan lagu yang cukup mengusik kalbu itu.

“The living legend Junainah M Amin.

“Suara maintain macam dulu-dulu,” tulis pemilik video berkenaan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan kagum dengan nyanyian Junainah.

Malah ramai juga yang memuji vokal penyanyi itu biarpun usianya kini sudahpun 70 tahun.

Bukan itu sahaja, ramai turut menyatakan lagu Suasana Riang Di Hari Raya nyanyian Junainah itu adalah antara koleksi lagu raya paling diingati sepanjang zaman.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

‘Raya Ni Asyik Dapat Soalan Pasal Kahwin’- Azira Shafinaz Mula Stress?

Jodoh kan aturan Allah…sampai masa nanti kahwinlah dia. Ye tak?

Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s […]

Trending Fri, 2 Nov 2018
Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Macam mana ni gais? Acceptable tak alasan diorang? Saja nak uji netizen je katanya… 🤭🤭