[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Penyanyi, pensyarah dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi nama beberapa penyanyi yang mempunyai kualiti dan bakat semula jadi dalam vokal.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Syafinaz menjawab persoalan dalam sebuah temubual bersama radio Zayan pada pagi semalam. 

“Artis Malaysia antara yang sedap, natural talent la orang kata seperti Bob, Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah. 

“Ini suara-suara yang bila dengar mereka menyanyi maknanya mereka tak fikir, suara tu macam keluar saja mengalir begitu. 

“Setengah orang mereka bertuah kerana diberi kelebihan seperti ini. Ramai yang perlu belajar untuk perbaiki untuk cantikkan vokal mereka,” kataya. 

Di kesempatan itu, Syafinaz turut berkongsi antara selebriti yang mempunyai intonasi jelas, namun tidak menafikan ramai juga penyanyi di Malaysia sangat bagus.

“Tapi ramai juga artis-artis yang ada intonasi bagus, bila nyanyi tu steady. Antaranya, Jaclyn Victor, jarang nyanyi sumbang. Ernie Zakri, steady pitchnya. 

“Yang saya tak sebut itu bukan bermakna mereka tak bagus. Tapi ini yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Tak dinafikan ramai penyanyi di Malaysia ini mempunyai suara yang bagus,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila Syafinaz menyebut nama penyanyi kegemaran mereka dan bersetuju dengan pendapat profesionalnya itu. 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 200,000 tontonan, 9,000 suka dan lebih 1000 komen. 

Artikel Berkaitan: Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Artikel Berkaitan: “Kadang-Kadang Orang Lupa
 Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Sumber/kredit: Zayan

Aqilah Paharuzi