[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian rata-rata netizen selepas berkongsi sebuah video di YouTube memaparkan gelagat mereka berdua.

Menerusi video berdurasi 17:51 minit itu, pelakon berkaliber Fattah dicabar untuk memberi solekan lengkap kepada isteri tersayang.

Menurut Fattah, ini adalah pertama kali aktor filem Mat Kilau itu menyolek seseorang wanita.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata peminat pasangan pelakon ini memuat naik sedutan video tersebut sehingga tular di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terhibur melihat perwatakan pasangan bahagia ini yang boleh dikatakan sangat ‘masuk air’.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mengakui tersipu malu melihat gelagat Fazura kerap mengusik Fattah dengan membuat memek muka.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 30,000 tontonan, 1,800 tanda suka dan 153 komen.

Aqilah Paharuzi