“40 Minit Kardio Kaw Kaw” – Sarimah Ibrahim Kongsi Tips Kekal Awet Muda

Kemunculan Che Puan Sarimah Ibrahim di sebuah program realiti baru-baru ini mengubat kerinduan ramai untuk melihat penyanyi dan pengacara itu kembali beraksi.

Biarpun sudah mencecah 43 tahun, namun kecantikan Sarimah tetap menjadi tumpuan warganet.

Terbaharu, seorang pengguna meminta Sarimah berkongsi rutin penjagaan wajah.

Tampil menjawab persoalan tersebut, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu mendedahkan amalan yang sering dilakukannya untuk kekal menawan dan sihat sentiasa.

“2 liter air kosong setiap hari dan minum latte oat milk sebelum kardio.

“40 minit kardio kaw kaw, 7 jam tidur, solat dan bernafas secara dalam ke bawah perut.

“Jangan memakai bedak asas terlalu lama dan cuci muka setiap malam sebelum tidur dan sentiasa memakai pelindung matahari yang mempunyai SPF 50 plus,” jelasnya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir 4,000 ulang kicau dan lebih 6,000 tanda suka di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Sarimah itu, malah ada juga yang bersetuju dengan tips yang diberikan itu.

Khairil Khusyairi