[VIDEO] Tayang Telekung RM16,000 Di TikTok, Netizen ‘Sekolahkan’ Founder Bawal Exclusive – “Nanti Beli Kain Kapan Pun Tunjuklah Ya..”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai tindakan pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkongsi telekungnya yang berharga RM16,000.

Video yang berdurasi 18 saat itu dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menganggap perbuatan itu tidak wajar sebagai umat Islam.

Menerusi perkongsian video tersebut juga, Haliza berkata telekung bernilai RM16,000 itu digunakan untuk berjumpa Allah sekaligus boleh menghilangkan rasa bersalah memakai beg berharga belasan ribu untuk berjumpa rakan-rakan.

“Telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah.

“Baru tak rasa bersalah pakai beg harga belasan ribu jumpa kawan-kawan,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri dengan hentaman netizen dan menimbulkan perbincangan mendakwa analogi yang digunakan adalah tidak tepat.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang seakan ‘menyekolahkan’ Haliza agar menggunakan wang yang dimilikinya untuk kegunaan para asnaf.

   

    

Sebelum ini, jenama Bawal Exlusive pernah menjadi bualan netizen selepas syarikat berjaya menjual sebuah tudung dengan harga mencecah RM33,000.

Aqilah Paharuzi