[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Menerusi aplikasi TikTok, balu kepada Allahyarham Abam Bocik, Nor Hidayah Mohd Ali membuat perkongsian sebuah video yang memaparkan dirinya terjumpa kereta milik suaminya di atas jalan raya baru-baru ini.

Menurut Hidayah, dia sebak apabila melihat kereta yang pernah dimiliki mereka itu kini hanya tinggal kenangan apabila telah dijual setelah Allahyarham Abam telah meninggal dunia.

“Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah besar nanti, inilah kereta ayah.

“Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya,” tulisnya diruangan kapsyen.

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Apa yang lebih menyayat hati, Hidayah berharap dia berjaya dalam perniagaannya supaya dapat membeli kereta seperti arwah suaminya dahulu.

“Ternampak kereta arwah suami BNP 639, hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan business ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” luahnya lagi di video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersimpati dan sedih dengan situasinya. Ramai yang mendoakan agar Hidayah berjaya dan dapat memiliki apa yang diingini namun ada segelintir warga maya yang menyalahkan adik iparnya atas apa yang berlaku.

“Insya-Allah ada rezeki kak.. ni kami rakyat Malaysia sentiasa doakan kesejahteraan akak.

“Akak nanti nak beli kereta beli dekat saya.. nanti saya tolong akak ya.

“Susah juga kalau ada waris tamak.” tulis warga maya.

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.Menerusi aplikasi TikTok, balu kepada Allahyarham Abam Bocik, Nor Hidayah Mohd Ali membuat perkongsian sebuah video yang memaparkan dirinya terjumpa kereta milik suaminya di atas jalan raya baru-baru ini.

Menurut Hidayah, dia sebak apabila melihat kereta yang pernah dimiliki mereka itu kini hanya tinggal kenangan apabila telah dijual setelah Allahyarham Abam telah meninggal dunia.

“Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah besar nanti, inilah kereta ayah.

“Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya,” tulisnya diruangan kapsyen.

Apa yang lebih menyayat hati, Hidayah berharap dia berjaya dalam perniagaannya supaya dapat membeli kereta seperti arwah suaminya dahulu.

“Ternampak kereta arwah suami BNP 639, hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan business ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” luahnya lagi di video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersimpati dan sedih dengan situasinya. Ramai yang mendoakan agar Hidayah berjaya dan dapat memiliki apa yang diingini namun ada segelintir warga maya yang menyalahkan adik iparnya atas apa yang berlaku.

“Insya-Allah ada rezeki kak.. ni kami rakyat Malaysia sentiasa doakan kesejahteraan akak.

“Akak nanti nak beli kereta beli dekat saya.. nanti saya tolong akak ya.

“Susah juga kalau ada waris tamak.” tulis warga maya.

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Atiqah Johari