Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 4, 2022 @ 12:11pm

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Setelah lama menyepi, penyanyi Bad Indigo akhirnya tampil mendedahkan punca perceraian bersama bekas isteri, Ashira.

Tidak dapat menahan rasa sakit melihat Ashira dikecam teruk, Bad menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi sebuah video penjelasan mengenai isu tersibut.

“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.

“Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dicaci, dimaki, dihenak oleh netizen dalam media sosial.

“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudung tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.

“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.

“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Bad berkata dia seorang suami yang pentingkan diri sendiri ketika itu.

“Baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.

“Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.

“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Ashira terpalit kontroversi selepas teruk dikecam netizen akibat bergambar dengan seorang lelaki yang merupakan kenalan zaman remajanya.

Malah, Ashira turut menerima tempias teruk sehingga dilabel dengan gelaran tidak sononoh serta dianggap sanggup meninggalkan Bad yang sakit akibat kenalannya itu.

Sekadar info, Bad dan Ashira berkahwin pada 11 Mac tahun lalu dan mengumumkan perceraian pada 23 June 2022.

Artikel Berkaitan: “Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Artikel Berkaitan: Sering Terima ‘Mesej Layang’ Gara-Gara Kongsi Foto Bersama Lelaki, Ashira Akui Masih Sedar Diri -“Jujur Itu ‘Crush’ Saya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Trending Tue, 17 Sep 2019
Featured Wed, 22 Jun 2022
Trending Mon, 8 Apr 2019
Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

‘Hilang Dari Raya Ku’ Sarat Emosi & Nostalgia… Netizen Puji Lagu Raya Yuna Paling Menenangkan!

Lagu Hilang Dari Raya Ku Yuna mengisahkan sambutan Aidilfitri tanpa orang tersayang

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Dan, pemenang Sexiest Man Alive pada tahun ini jatuh kepada Idris Elba!

Trending Mon, 10 Aug 2020

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Buat mereka yang ingin memohon lanjutan moratorium..

familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak

error: Content is protected !!