[VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan aktres jelita Intan Najuwa mencuri perhatian orang ramai setelah menampilkan aksi ‘berpelukan’ semasa berada di Genting Highlands.

Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial TikTok memaparkan pelakon tersebut saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.

Tinjauan di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @lovethv dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang turut mempersoalkan tindakan Aliff.

Bagaimanapun, difahamkan segala spekulasi telahpun terjawab apabila mereka dikatakan sedang membuat penggambaran untuk sebuah drama.

@lovethv___ Nahh dtg genting jumpa retis retis mane ni😵‍💫 #fyp #viral ♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009

Umum sedia maklum, nama Aliff sebelum ini heboh menjadi buah mulut netizen akibat kontroversinya yang bermain kayu tiga suatu masa dahulu.

Namun kini, Aliff mengakui telah berubah dan setia bersamping isteri, Bella Astilah dan anak-anak tercinta.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen yang memuji Aliff kerana membawa Bella ke setiap lokasi penggambaran dipercayai untuk mengelakkan sebarang fitnah.

Netizen turut menjelaskan bahawa Bella pernah menjelaskan dalam satu temu bual bersama program hiburan, dia menerima dan memahami kerjaya suaminya sebagai pelakon yang kadang kala perlu ‘bersentuhan’ dengan wanita lain.Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan aktres jelita Intan Najuwa mencuri perhatian orang ramai setelah menampilkan aksi ‘berpelukan’ semasa berada di Genting Highlands.

Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial TikTok memaparkan pelakon tersebut saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.

Tinjauan di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @lovethv dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang turut mempersoalkan tindakan Aliff.

Bagaimanapun, difahamkan segala spekulasi telahpun terjawab apabila mereka dikatakan sedang membuat penggambaran untuk sebuah drama.

Umum sedia maklum, nama Aliff sebelum ini heboh menjadi buah mulut netizen akibat kontroversinya yang bermain kayu tiga suatu masa dahulu.

Namun kini, Aliff mengakui telah berubah dan setia bersamping isteri, Bella Astilah dan anak-anak tercinta.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen yang memuji Aliff kerana membawa Bella ke setiap lokasi penggambaran dipercayai untuk mengelakkan sebarang fitnah.

Netizen turut menjelaskan bahawa Bella pernah menjelaskan dalam satu temu bual bersama program hiburan, dia menerima dan memahami kerjaya suaminya sebagai pelakon yang kadang kala perlu ‘bersentuhan’ dengan wanita lain.

Aqilah Paharuzi