[VIDEO] Vokalis Maroon 5 Curang? Nak Namakan Bayi Ketiga Dengan Nama Perempuan Simpanan

Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine didakwa curang dan mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Instagram yang dikenali sebagai Sumner Stroh.

Menerusi perkongsian di TikTok @sumnerstroh, dia mendedahkan dia pernah menjalani hubungan sulit dengan suami model Victoria Secret, Behati Prinsloo iaitu Adam Levine selama setahun.

Namun, selepas itu Sumner memberitahu dia telah tidak lagi berhubungan dengan Adam.

@sumnerstroh embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen ♬ original sound – Sumner Stroh

Di dalam video tersebut, Adam kembali menghubungi Sumner beberapa bulan lepas dengan memberitahu ingin menamakan nama wanita itu untuk anak ketiga yang sedang dihamil isterinya.

“Okay, soalan serius. Saya akan mendapat anak lelaki dan ingin menamakan anak saya dengan nama Sumner. Awak okay tak dengan itu?,” tulis Adam.

Tambah Sumner, dia terpaksa membuat pengakuan tersebut kerana tangkap layar Adam menghantar mesej kepadanya telah dijual kepada pihak media tabloid.

Susulan perkara itu, Sumner kemudian menjelaskan sebab dia tampil membuat pengakuan adalah untuk menafikan cerita yang telah disebarkan oleh tabloid dimana dia punca keretakan rumah tangga Adam dan Behati.

@sumnerstroh Replying to @alanasanders89 ♬ original sound – Sumner Stroh

Maya Basir