Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 4, 2022 @ 8:18pm

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Drama Risik Pada Hati baru sahaja melabuhkan tirainya semalam berjaya menerima komen-komen positif daripada seluruh penonton yang rata-rata daripada mereka memuji kehebatan tiga watak utama iaitu Ummi Nazeera, Alif Satar dan Zara Zya serta pengarahnya, Pali Yahya.

Menyedari namanya menjadi perbualan netizen, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin mengakui menuntut ilmu selama dua hari bersama guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Menurutnya, berguru dengan akrets veteran dan lagenda dalam industri seni, Fatimah adalah bagi memastikan karakter Hayfa hidup

“Hayfa yang membawa cerita ini, jadi, karakternya berat. Disebabkan risau dan mahu melakukannya dengan betul, saya pergi ke kelas lakonan.

“Watak Hayfa sangat berat. Dia tidak boleh lepaskan perasaan dan banyak pendam. Itu yang lebih sakit dan memakan diri. Saya tidak boleh tunjuk perasaan itu dengan menangis, sebaliknya, melalui wajah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Mengulas lebih lanjut, Ummi berkata apa yang dirasai oleh Hayfa dalam drama itu pernah dilaluinya suata ketika dahulu ketika awal perkahwinannya bersama suami tersayang, Dr. Izzar.

“Saya suka karakter ini. Saya banyak buat ulang kaji. Sebagai ibu dan wanita, saya pernah rasa takut pada awal perkahwinan dan berfikir sama ada bolehkah saya hamil.

“Jadi, apabila mengandung anak pertama, saya bersyukur dan sangat gembira. Pada masa sama, saya faham wanita yang cuba hamil. Saya ada sahabat seperti itu dan bertanya perasaan mereka demi menghayati watak,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Senyum Lebar!”- Kru Dedah Disebalik Takbir Babak Hayfa Kena Cerai Talak 1… Netizen Puas Hati Lakonan Mantap Ummi Nazeera!

Meninjau di ruangan komen Facebook Berita Harian, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan agar Ummi akan menerima anugerah pelakon popular pada suatu hari nanti atas kehebatannya membawa watak yang cukup berat.

Tidak dinafikan lagi, aktres Bisik Pada Langit ini sememangnya seorang pelakon versatil yang mampu membawa watak berbeza seperti mental, mereng, baik dan semestinya pandai bermain emosi penonton.

Dalam pada itu, Ummi, 31, meluahkan rasa syukur atas sambutan dan maklum balas positif yang diterima daripada penonton.

“Terima kasih kepada pasukan Risik Pada Hati, pengarah Pali Yahya dan TV3 kerana memberi kepercayaan kepada saya membawa watak Hayfa dan membantu saya di set penggambaran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022

Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Comelnya baby Arabella Mia! Tahniah Dr Amalina

Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

Featured Wed, 17 Mar 2021

PEMERKASA: Bantuan One Off Sebanyak RM500 Kepada B40, Penerima BPR Mulai…

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif terbaru rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19. Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi ( PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan tunai one off sebanyak RM500 kepada B40 […]

Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Trending Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!