Wow! Anak Vida Terima Kereta Mercedes Sempena Ulang Tahun Ke 13

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Nur Edlynn Zamileen Amin atau popular dengan panggilan Cik B menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun ke 13.

Menerusi Instagram ibunya sebentar tadi, Cik B mencuba memandu kereta terbarunya iaitu sebuah Mercedes Benz CLA 180. Wow, untungnya!

Harga kereta mewah itu dianggarkan hampir RM 200,000.

Terdahulu, Cik B pernah menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta mewah jenama Mustang. Okay lah tu Cik B, Mercedes pun bukan calang-calang jenama juga.

Apapun, kami ucapkan Selamat Hari Jadi Cik B! Drive elok-elok ya.

SGMS Faida