WOW! Henry Golding Bakal Berlakon Dengan Matthew McConaughey

Pelakon dan pengacara, Henry Golding kembali menjadi sebutan di media sosial apabila dilaporkan membintangi filem Hollywood, Toff Guys arahan Guy Ritchie.

Selepas filem Crazy Rich Asians, Henry bakal berkongsi set bersama pemenang trofi Pelakon Terbaik Anugerah Oskar 2014, Matthew McConaughey.

Selain Matthew, filem ini turut menggandingkannya dengan aktres Kate Beckinsale.

Henry menerusi Instagram miliknya menulis kapsyen memaklumkan dia tidak sabar untuk bekerja dibawah arahan Guy.

Nama Henry mula dikenali di Hollywood selepas filem lakonan pertamanya, Crazy Rich Asians mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di seluruh dunia.

Sehingga kini, filem itu mendapat kutipan sebanyak AS$220 juta (RM880 juta) di seluruh dunia dan menjadikan Henry antara bintang baharu yang menyinar di Hollywood.

Lelaki berdarah kacukan Iban-Inggeris ini juga bakal muncul dengan dua lagi filem iaitu Monsoon dan Last Christmas.

 

SGMS Faida