‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mengakui dirinya kini kembali solo selepas putus cinta dengan bekas kekasih.

Namun begitu, anggota De Fam ini menegaskan hubungan mereka berakhir bukan disebabkan campur tangan orang ketiga. 

“ Bukan disebabkan bergaduh atau kehadiran orang ketiga, kami anggap ini jalan terbaik.

“ Lagipun, saya mahu fokus dalam karier dahulu. Bercinta? Nanti dulu lah,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Seribu Rindu ini menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Yasser selama enam tahun. 

Sementara itu, Azira turut meluahkan rasa teruja untuk beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu ke 33 pada 3 Februari ini.

Azira bersama anggota kumpulan De Fam bakal menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga selepas penyanyi lelaki itu bersara pada November lalu. All the best, Azira!

SGMS Faida