Hiburan By: SGMS Faida February 20, 2019 @ 5:54pm

Yakin Bantuan Altimet, ArYanti Harap Tuah ‘Nak Apa Lagi’ Menjadi!

Penyanyi dikenali sebagai Lisa Aryanti ini pernah menghasilkan single berjudul Jangan Cuba namun entah di mana silapnya, ia kurang mendapat sambutan. 

Enggan berputus asa, Lisa Aryanti yang kini dikenali sebagai ArYanti tampil dengan percubaan kali kedua bertajuk ‘Nak Apa Lagi’.

Lebih menarik, Aryanti tidak keseorangan kerana single ini turut menampilkan Altimet.

“ Nak kata gagal untuk single dahulu tidak juga kerana sambutan tetap ada cuma perlahan. Tontonan di Youtube juga mencecah lebih 100,000 penonton. Alhamdulillah.

“ Cuma saya terfikir untuk muncul semula dengan sesuatu yang lebih segar. Idea menghasilkan lagu bergenre pop moden ini tercetus sekitar Ramadan lalu,” katanya kepada XTRA.

Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, pelakon Azhar Sulaiman merupakan individu antara ‘orang kuat’ dalam pembikinan single Nak Apa Lagi ini.

“ Saya dan Azhar merupakan kenalan rapat. Pada awalnya dia terkejut bila mendapat tahu saya pernah menghasilkan lagu sebelum ini memandangkan ia jarang diputarkan di radio.

“ Azhar mencadangkan agar saya berduet dengan mana-mana bintang rap terkenal. Selepas saya lihat persembahan Altimet, saya terus beritahu suami keinginan untuk menghasilkan single. Azhar turut membantu saya untuk mencari Altimet,” katanya bersemangat.

Sementara itu, Aryanti berharap agar lagu ini terus mendapat sokongan daripada radio seterusnya tempat di hati pendengar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Dengar-Dengar Kamal Adli Beli Kereta Baru?

Haa.. hari tu hilang kereta kini pelakon Kamal Adli dah mempunyai kereta baru betul ke?

Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Selebriti Sat, 24 Feb 2024