Yasin Sulaiman Jadi Imam Di Penjara Dan Ajar Banduan Mengaji – “Setiap Kali Keluarga Datang, Dia Berkongsi Perkara Baik”

Abang kepada penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa adiknya kini berada dalam keadaan baik selepas dia dan ayahnya melawat penyanyi itu pada minggu lepas.

Malah Zain dan ahli keluarga lain turut bergilir-gilir melawat Yasin yang kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh.

“Alhamdulillah dia dalam keadaan baik. Minggu lepas saya dan ayah pergi melawat dia di penjara. insya Allah pada hari raya ini pun cuba melawat lagi.

“Dia gembira kerana dapat berjumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar. Harap dia terus ambil ubat dan dia stabil di sana.

“Dia juga beritahu dia diberi layanan baik oleh kakitangan dan banduan lain di sana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Keluarga Lancar Tabung Bantuan Buat Yasin Sulaiman – “Ia Untuk Biaya Kos Pembelaan Bagi Tuduhan Yang Amat Berat Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Takut Akan ‘Crack’ Lagi Sekali…” – Keluarga Rayu Rawatan Buat Yasin Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ganja: Kirim Salam Pada Syed Saddiq, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Memetik laporan Harian Metro, Yasin difahamkan turut menjadi imam bagi solat lima waktu, tarawih dan turut mengajar banduan lain mengaji.

“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” jelasnya.

Tegas Zain lagi, dia akan mengusahakan agar dua anak Yasin iaitu Sameer, 18, dan Malaika, 14, melawat bapa mereka.

“Untuk anak Yasin dibawa melawat, insya-Allah saya akan uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami sekeluarga sentiasa mengemaskini keadaan Yasin pada mereka.

“Mereka juga sentiasa kirimkan pesanan untuk Yasin. Begitu juga Yasin, yang mana baru-baru ini sampaikan nasihat supaya anak-anak terus tabah dan berjanji akan pulang ke pangkuan mereka,” katanya.

Terdahulu, pihak keluarga Yasin telah melancarkan tabung bantuan bagi membiayai kos khidmat guaman bagi pembelaan Yasin.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila-Bila Masa Saya Boleh Jadi Gila” – Hidap Bipolar Serius, Yasin Sulaiman Merayu Diberi Peluang Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Sulaiman Cetuskan Isu Perlunya Kajian Terhadap Penggunaan Ganja Dalam Perubatan, KKM Sedia Bantu

ARTIKEL BERKAITAN:“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

 

 

Sumber:Harian Metro

 

 

Salma Syahbuddin