Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

“Ya, saya individu yang diberkas polis di sebuah hotel pada Jun lalu tapi semua sebab salah faham,” kata pelakon dan pelawak, Yassin Yahya susulan dakwaan terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah hotel pada 27 Jun lalu.

“Bukan kes gaduh sebab saya berada di lokasi salah pada waktu yang salah. Sebelum kejadian, saya tengah makan di sebuah restoran Mamak berdekatan dengan hotel tempat saya dan isteri menginap sebab kami nak ke acara rumah terbuka di sini.

“Tiba-tiba isteri telefon beritahu ada kekecohan di depan pintu bilik kami dan saya pun bergegaslah kembali ke bilik.

“Sampai saja di situ, saya tengok ada seorang lelaki terbaring dalam keadaan kaki kejang dan semput,” katanya.

Susulan itu, dia cuba memberi bantuan dengan cara sendiri tanpa bantuan sesiapa termasuk  pihak hotel.

“Saya tanya lelaki itu, apa saya boleh bantu dan dia minta saya panggil kekasihnya yang berada di lobi.

“Rupa-rupanya, lelaki itu bergaduh dengan kekasihnya dan tak mahu bertemu dengannya lalu saya naik semula berjumpa lelaki itu,” katanya.

Yassin akui turut memberi bantuan pernafasan sebanyak tujuh kali sehinggalah keadaan lelaki itu kembali pulih.

Malangnya, selepas membawa lelaki itu ke lobi sambil ditemani isteri, pihak polis tiba dan terus menahannya.

“Pihak polis minta kad pengenalan saya dan selepas pemeriksaan, saya ditahan atas dakwaan kesalahan lampau pada 2006,” katanya ditahan reman selama sehari.

Apabila dibawa ke mahkamah pada keesokan hari, hakim mendapati ada keraguan dalam kes itu.

“Saya menjelaskan tak terbabit dengan pergaduhan dan telah dianiaya. Mujurlah lelaki yang saya bantu memberitahu hakim perkara sebenar.

“Kes dadah yang ditemui itu pula bukan kepunyaan saya sebaliknya milik wanita kekasih lelaki itu,” kata Yassin akhirnya dibebaskan selepas seharian ditahan reman.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Fas