Categories: Filem

Ini Perkara Yang Korang Tak Tahu Mengenai Filem Ejen Ali The Movie, Nombor 4 Paling Power!

Korang mesti  dah selalu layan siri animasi Ejen Ali dekat TV3 kan? Best tau layan siri animasi ni sebab teknologi grafik yang digunakan dalam Ejen Ali ni sebenarnya bukan calang-calang, memang gempak habis!

Khas buat korang penonton dan peminat setia Ejen Ali, ni memang berita yang ditunggu-tunggu  sebab Primeworks Studios dan Wau Animation bakal menerbitkan filem pertama Ejen Ali iaitu Ejen Ali The Movie.

Jom kita tengok perkara yang korang perlu tahu pasal filem Ejen Ali The Movie ni, nombor 4 korang wajib baca!

1. Plot Ejen Ali The Movie Yang Menarik Penuh Aksi Dengan Animasi Teknologi Luar Biasa 

Selepas membanteras kejahatan Uno dalam Ejen Ali Musim ke-2, Ejen Ali kembali lagi dengan watak sebagai perisik rahsia di MATA, pusat agensi perisikan utama di Cyberaya.

Tanpa pengetahuan Ali, MATA telah mencipta alat Atlas dan menaiktaraf sistem IRIS kepada IRIS Neo, iaitu peralatan perisik yang dikhaskan buat ejen MATA. Kemunculan teknologi baru itu membuatkan Ali semakin curiga dengan taktik MATA, muncul pula individu yang mempunyai kaitan dengan kisah silam Ali. Hurmm, siapa tu?

   2. Kemunculan IRIS Neo

Kemunculan IRIS Neo menyebabkan semua ejen diberi akses untuk menggunakan teknologi canggih ini, perkara ini juga menyebabkan Ali mula berasa keliru dan merasakan dirinya seakan-akan dipinggirkan. Eh, dah kenapa?

3. Ibu Pejabat MATA, Pusat Perisikan Terbesar Di Cyberaya


Kalau korang tengok siri animasi Ejen Ali, lokasi utama selalunya tertumpu di sekolah atau di akademi MATA tetapi dalam filem Ejen Ali The Movie, lokasi Cyberjaya menjadi lokasi utama untuk filem ini. Kota metropolitan Cyberjaya yang moden dan membangun membuatkan elemen suspens dan babak-babak aksi dalam filem ini bertambah lebih hebat!

4. Animasi Grafik Yang Luar Biasa!

Animasi grafik yang diaplikasikan dalam siri animasi Ejen Ali sememangnya luar biasa, untuk Ejen Ali The Movie yang berdurasi 90 minit ini animasi grafik dan  teknologi canggih yang digunakan sangat hebat dan menarik. Korang mesti jaw dropped punya dengan dengan animasi grafik yang ditayangkan. Macam tak percaya filem animasi Malaysia boleh menghasilkan animasi grafik sama hebat macam Hollywood gitu..

5. OST Filem Dengan Genre EDM Yang Lebih Gempak

OST Filem Ejen Ali The Movie yang bergenre EDM melengkapkan lagi kesempurnaan audio dan visual keseluruhan filem ini, pastinya akan memberikan efek yang lebih gempak! Dengan genre EDM , confirm lagi feel tengok babak-babak suspens dan aksi cemas dalam filem ni kan?

Buat korang yang belum layan trailer Ejen Ali The Movie, jom kita layan kat bawah ni. Tengok trailer je pun dah tahu best, jangan terlepas untuk saksikan tayangan Ejen Ali The Movie hujung tahun ni tau!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”