YHB Sleepsalot Muncul Single Baharu! ‘Tukar Currency’ Dedikasi Hormat Kepada Kuala Lumpur

Bintang rap Singapura, YHB Sleepsalot tampil dengan single baharu berjudul ‘Tukar Currency’ yang kini boleh distrim pada semua platform digital menerusi Universal Music. ‘Tukar Currency’ merupakan single pertama untuk tahun ini selepas karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.

Tercetusnya idea untuk tampil dengan single ‘Tukar Currency’ adalah apabila YHB Sleepalot berasa teruja dapat memasuki Malaysia bagi bertemu dengan sahabat dan rakan artis dalam industri rap selepas sempadan negara dibuka.

Lagi, ideanya terhasil sewaktu menukar wang di premis pengurup wang dan telah mengembalikan kenangan tersebut.

“Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu.

“Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingkan melawat KL. Aada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi,” katanya.

Malah, semua idea itu kemudian dirangkumkan dalam ‘Tukar Currency’ yang diterjemah ke Bahasa Melayu daripada istilah Inggeris, Curebcy Exchange. Hasil karya ini turut mendapat kerjasama daripada SonaOne dan anggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness.

‘Tukar Currency’ menggunakan rentak breezy trap yang dicipta RIIDEM di mana YHB merakamkan perjalannya dan menyelit metafora mengenai kemewahan, kesungguhan dan kuasa. Dia masih kekal merendah diri tapi optimistic pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V, terjemahan daripada ‘If I ever take an L (loss), I’ll bounce back and turn it back up,”

Tambah, muzik video ‘Tukar Currency’ memberi kelegaan buat YHB kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini. MV terdahulunya Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya ke Singapura, YHB sangat bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan pelancaran Tukar Currency melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini.

Sehubungan itu, ‘Tukar Currency’ kini boleh didengari di semua pelantar penstriman dan muzik video boleh ditonton di saluran Youtube.

Atiqah Johari